Suami Setuju

on 8:03 AM comments (2)

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya. Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami:
Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri:
Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami:
Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri:
Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami:
Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri:
(Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami:
Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

Kredit kepada Ceritalucu



If You Think....Part # 1

on 11:55 PM comments (0)

Enjoy the life how it is and as it comes. The things are worse for others and much better for us...


If you think you are unhappy, look at them:


If you think your salary is low, how about her?


If you think you don't have many friends....


When you feel like giving up, think of this man...


If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?


If you complain about your transport system, how about them?


If your society is unfair to you, how about her?








Geng The Movie

on 6:31 AM comments (0)

Dah lama tak update blog aku nie...Hari nie aku nak citer pasal filem 3D pertama keluaran Malaysia...Bangga aku jadi anak Malaysia kerana tak percaya dengan adernya filem nie...perghhh best betul citer nie...tengoklah preview video diaorang, gempak betul. Apa-apa pun layan citer nie dan jangan lupa tengok kat wayang pada 12.02.2009 nanti...Untuk keterangan lanjut layarilah http://gengthemovie.com...



Meh layan sikit sinopsis dia....

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...
Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.

Kejam...Kejam...Kejam

on 2:32 PM comments (2)


Artikel ini aku dapat dari e-mail kawan aku Hasnah Ismail dari Samsung Electronics. Bila aku baca dan tengok gambar di atas memang menyentuh perasaan aku. Anak ini mencuba untuk menyelamatkan ibunya yang dalam keadaan kritikal. Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimanakah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada Mu Ya Allah.......turunkan lah bantuan Mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis.."
Amin




Ketam Ganu, Kentang Kelate

on 2:23 PM comments (1)

Menantu terengganu : mok... Kalu mok gi kedaa...Tolong beli 'ketang' 4 kilo..... ..nanti kito bayar

mentua kelantan : bereeehhh... ..

Selepas mentua pulang dari kedai...

Menantu terengganu : loooo... . Bak po mok beli 'ubi ketang'(ubi kentang)... Banyok-banyok ni... .

Mentua kelantan : tadi mu kato beli kete(ubi kentang)... .. Pah tu kete mano pulakkkk...

Menantu terengganu : bukang ubi 'ketang'... . Kito suruh beli 'ketang'... .. Hok ada sepit... ... (ketam)...

Sumber daripada isuharian



Mudah sangat jadi syaitan di Malaysia

on 8:47 PM comments (1)

Ketika orang ramai menyambut Sambutan Ambang 2009 di Dataran Merdeka, segelintir warga kota dengan tanpa segan silu memakai cekak rambut yang meyerupai tanduk syaitan....Apa sebenarnya yang mereka fikirkan, macam takde akal fikiran langsung....tak boleh nak fikirkan yang mana baik atau buruknya,orang lain pun sambut jugak tahun baru tapi janganlah melemahkan iman kita.... Malah yang menyedihkan lagi apabila ada segelintir orang dewasa termasuklah ibu bapa yang turut memakai 'tanduk syaitan' itu...Apa dah jadi dengan semua nie?

Kalau tak silap aku bekas mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, ada menyatakan bahawa pemakaian perhiasan menyerupai syaitan itu ad
alah haram bagi umat Islam. Aku tidak faham langsung dengan sikap segelintir warga kota terutamanya yang beragama Islam. Walaupun sudah dijelaskan ia adalah haram dan berdosa, namun mereka langsung tidak mengendahkan teguran daripada tokoh agama menyatakan ia haram dan berdosa.

Itulah demi hiburan kekadang kita lalai dan alpa bahawa syaitan adalah musuh utama kita......
Nabil...aku nak pinjam ayat kau jap "LU PIKIRLAH SENDIRI"...