Dah lama tak update blog aku nie...Hari nie aku nak citer pasal filem 3D pertama keluaran Malaysia...Bangga aku jadi anak Malaysia kerana tak percaya dengan adernya filem nie...perghhh best betul citer nie...tengoklah preview video diaorang, gempak betul. Apa-apa pun layan citer nie dan jangan lupa tengok kat wayang pada 12.02.2009 nanti...Untuk keterangan lanjut layarilah http://gengthemovie.com...
Meh layan sikit sinopsis dia....
Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...
Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.

0 comments:
Post a Comment
Post a Comment