Perasaan marah, benci, menyirap dan seangkatan dengannya pun ada bila aku tengok gambar kat bawah nie.....sungguh speechless aku di buatnya....
Apa komen korang semua.......
Perasaan marah, benci, menyirap dan seangkatan dengannya pun ada bila aku tengok gambar kat bawah nie.....sungguh speechless aku di buatnya....
Hello semua...
Dah lama aku tak update blog nie...tak tahu apasal ntah, mungkin banyak keje yang aku kena settlekan. Tapi orang lain pun sibuk jugak, boleh siapkan entri untuk blog diaorang...aku macam nie lah... Tapi takpe aku dah ada semangat baru nak teruskan perjuangan untuk blog aku nie...
Aku ada terbaca di dalam surat khabar berita harian hari ini, tentang "1.1 juta setem tema kartun Kampung Boy"......Wah bangga nya aku kerana kartun Kampung Boy nie memang best sekali,apatah lagi ianya sudah menjadi salah satu koleksi setem di negara kita.
Kartunis, Datuk Mohamed Nor Khalid atau Lat, berkata, beliau berbangga kerana sejak membabitkan diri dalam bidang ini ia kali pertama tema kartun hasil lukisannya diangkat ke dalam bentuk setem.
“Nama Lat sangat sinonim dengan masyarakat negara ini bukan hanya golongan kanak-kanak, malah semua lapisan umur menyukai hasil karya beliau, jadi kami berbangga dapat mengangkat martabat dunia kartun negara ke peringkat lebih tinggi.
Cayalah....Malaysia boleh...
Berita ihsan dari Berita Harian